Jawatan PM hanya untuk UMNO - Utusan Malaysia

Jawatan PM hanya untuk UMNO

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : “Jawatan Perdana Menteri hanya untuk UMNO.”

Demikian tegas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan sekiranya parti itu memenangi kerusi dengan memiliki jumlah terbesar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, UMNO perlu menjadi parti induk yang menaungi gabungan politik dan bukannya sekadar ‘anak-anak ayam’ sahaja.

“Kita mesti jadi induk yang menaungi semua rakyat, bukan sahaja Melayu tetapi juga bukan Melayu.

“UMNO dah biasa jadi induk malah kita telah membuktikannya selama 60 tahun menjadi kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, bukan soal takut atau sebaliknya jika Pas tidak bersama UMNO dalam pilihan raya, namun parti itu berpotensi menang banyak kerusi jika bersama mereka.

Malah katanya, Pas mempunyai banyak faedah jika bersama UMNO khususnya di kawasan Melayu.

“Ini saya cuba tekankan jika Pas bersama kita, Jika Pas bersama kita maka di kawasan-kawasan Melayu mereka akan lebih selamat,” katanya.

Beliau namun berkata terserah kepada Pas yang akan tentukan sama ada mahu bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) atau tidak pada PRU-15. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN