Islamic Relief Malaysia sasar kutipan dana RM1.4 juta - Utusan Malaysia

Islamic Relief Malaysia sasar kutipan dana RM1.4 juta

KERJA-kerja bagi pembangunan sistem bekalan air sedang giat dijalankan oleh petugas di Indonesia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Islamic Relief Malaysia menyasarkan kutipan dana sebanyak RM1.4 juta bagi menyediakan lima projek pembinaan sistem bekalan air di tiga negara.

Susulan itu, pihak tersebut mengambil langkah proaktif dengan melancarkan kempen Dana Wakaf Sistem Air (DWAS) bagi membina sistem bekalan air bersih di Indonesia, Bangladesh serta somalia menerusi sektor air, sanitasi dan kebersihan (WASH).

Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, projek pembinaan berkenaan merangkumi tujuh pam ram hidrolik, 26 telaga tiub ‘semi deep’ di utara Bangladesh serta sistem bekalan air termasuk sistem solar dan tangki air.

Menurutnya, inisiatif kempen tersebut akan dimanfaatkan kepada mereka yang menetap di kawasan luar bandar, setinggan, kawasan bencana dan negara-negara berpendapatan rendah kerana terdahulu, 3.4 juta orang maut disebabkan jangkitan penyakit bawaan air.

“Islamic Relief turut memberikan latihan penjagaan serta kursus baik pulih kepada ahli jawatan kuasa setempat yang dilantik bagi memastikan kemudahan diberikan diurus tadbir serta diselenggara dengan baik pada masa akan datang.

“Bantuan ini tidak hanya menyelamatkan nyawa penduduk di Somalia, Bangladesh dan Indonesia daripada ancaman penyakit bawaan air seperti kolera, cirit-birit, serta disentri malahan untuk jangka masa panjang,” katanya dalam satu kenyataan.

Zairulshahfuddin berkata, melalui kempen itu dapat menaik taraf sektor pertanian, perindustrian, perikanan dan penjanaan sumber tenaga elektrik di negara-negara tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN