Iftar Untuk Semua sasar RM500,000 - Utusan Malaysia

Iftar Untuk Semua sasar RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mercy Mission Malaysia menyasarkan sebanyak RM500,000 bagi tujuan program Iftar Untuk Semua yang dianjurkan semasa Ramadan tahun ini.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam itu dalam satu kenyataan memaklumkan, pek makanan berkhasiat, kurma dan air minuman akan disediakan hasil daripada sumbangan orang ramai serendah RM10 seorang.

Selain itu, menurut kenyataan berkenaan, Iftar Untuk Semua yang berlangsung Ramadan ini bertujuan bersama-sama berkongsi rezeki dengan golongan yang kurang bernasib baik yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang melanda kini.

“Pandemik Covid-19 ternyata telah memberi kesan kepada hampir semua sektor industri terutama golongan yang bekerja sendiri telah menerima tempias dari segi ekonomi kerana kehilangan sumber pendapatan,” kata kenyaan tersebut.

Sebelum ini, Mercy Mission Malaysia melakukan kerja kebajikan dan kemasyarakatan dengan memberikan bekalan pek makanan melalui projek Charity Right.

Menurut kenyataan itu lagi, NGO berkenaan juga akan mengedarkan pek makanan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan anak-anak yatim agar mereka dapat memenuhi ibadah puasa dengan baik.

“Selain di Malaysia, pek makanan diedarkan kepada negara-negara majoriti beragama Islam yang sedang mengalami masalah seperti konflik dalaman dan peperangan serta membantu muslim minoriti seperti negara Kemboja,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN