Identiti mangsa kemalangan dikenal pasti - Utusan Malaysia

Identiti mangsa kemalangan dikenal pasti

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Identiti sepasang suami isteri yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Saujana Impian, Kajang di sini semalam telah dikenal pasti.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, mereka yang maut dalam nahas itu dikenal pasti sebagai Remyzan Baharudin, 42, dan isteri Suzyla Ahmad Dahlan, 40.

Katanya, selain itu, identiti anak pasangan itu yang cedera dikenal pasti sebagai Raiha Syuhaida Remyzan, 13, manakala adiknya Ra’if Adam Remyzan berusia tujuh tahun masing-masing sedang dirawat di Hospital Kajang.

“Bedah siasat kedua-dua mangsa kemalangan akan dibuat setelah mendapat keputusan ujian swab Covid-19 di hospital berkenaan.

“Kenderaan mangsa dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut, manakala kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambah Azman, keputusan saringan air kencing pemandu van berusia 28 tahun itu didapati negatif alkohol.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 4 petang semalam, kereta Perodua Bezza dinaiki mereka bertembung dengan sebuah van dari arah bertentangan yang hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jalan dan memasuki laluan bertentangan.

Siasatan awal polis mendapati kejadian itu dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu van terbabit.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.