Henti isu sebabkan rakyat tidak selesa - Utusan Malaysia

Henti isu sebabkan rakyat tidak selesa

TUAN Ibrahim Tuan Man (tengah) melakukan cabutan undi selepas merasmikan majlis undi perdana kerja-kerja di bawah peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi Johor 2021 di Simpang Renggam, Johor. - UTUSAN/MOHAMAD FAHD RAHMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Pas konsisten dengan pendirian meneruskan agenda muafakat politik dalam Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakan-rakan komponen dalam PN seharusnya mendukung kerajaan PN ketika ini berbanding menimbulkan isu-isu yang menyebabkan rakyat tidak selesa.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, fokus sepatutnya diberikan terhadap beban ditanggung rakyat termasuk Covid-19 serta isu-isu berkaitan dan bukannya polemik politik yang boleh mengganggu tumpuan.

“Saya tengok pembentukan kerajaan PN adalah hasil muafakat tiga parti dan bila kita dapat (bentuk) kerajaan, kita menyokong kerajaan bersama-sama sebagaimana yang sudah dibuat sebelum ini oleh UMNO yang akan mendukung kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

“(Perkara) yang kedua, saya setuju apa yang disebut oleh (Tan Sri) Annuar Musa bahawa ketiga-tiga (parti) ini bukan musuh kerana kita kerajaan bersama, maka sepatutnya apa-apa perkara boleh diselesaikan melalui pintu rundingan untuk mencari jalan keluar.

“Saya yakin semangat muafakat politik bukan hanya untuk parti tetapi untuk masa depan negara dan ummah. Jadi, sebarang keputusan politik melibatkan masa depan negara, Pas melihat ketiga-tiga parti ini (perlu) teruskan muafakat bukan sahaja sehingga pilihan raya bahkan selepas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis undi perdana kerja-kerja di bawah peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi Johor 2021 di Simpang Renggam dekat sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya