Felda miliki 77 peratus saham FGV - Utusan Malaysia

Felda miliki 77 peratus saham FGV

MUSTAPA Mohamed meninjau tapak Projek Gedung Makanan Negara (GMN) di Felda Sungai Tengi Selatan, Kuala Kubu Bharu di sini, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KUBU BHARU: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sudah memiliki sebanyak 77 peratus saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) bagi memenuhi pelan pemulihan yang dilaksanakan kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, badan berkanun itu kini masih memerlukan 13 peratus lagi saham FGV untuk mengeluarkan penyenaraian daripada Bursa Malaysia.

Jelas beliau, jumlah pegangan saham berkenaan dianggap penting dalam usaha untuk memulihkan Felda yang dihimpit pelbagai isu sejak kebelakangan ini.

“Berdasarkan perkembangan terbaharu, Felda sudah membeli saham FGV sebanyak 77 peratus berbanding hanya 34 peratus sebelum ini.

“Selain itu, kerajaan sudah meluluskan penerbitan sukuk berjumlah RM9.9 bilion iaitu sebanyak tiga kali bermula hujung bulan ini,” katanya selepas meninjau tapak Projek Gedung Makanan Negara (GMN) di Felda Sungai Tengi Selatan di sini, petang tadi.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Felda, Datuk Amiruddin Abdul Satar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar.

Media sebelum ini melaporkan Felda memperoleh 22 juta saham FGV di pasaran terbuka dengan harga RM28.38 juta, iaitu RM1.29 sesaham pada 13 Januari lalu.

Felda sebelum itu mengeluarkan dokumen berhubung tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat bagi baki saham di FGV tidak dimilikinya, kecuali saham perbendaharaan.

Tawaran RM1.30 sesaham dibuka untuk penerimaan hingga 2 Februari lalu melainkan dilanjutkan atau disemak semula dengan pengumuman akan dibuat Maybank IB, dua hari sebelum tarikh tutup.

Pada 8 Disember lalu, Felda yang sudah memiliki 21.24 peratus saham dalam FGV, meningkatkan pegangannya dalam syarikat itu kepada 35.12 peratus.

Sementara itu, Amiruddin berkata, usaha pengambilalihan sepenuhnya FGV akan diteruskan walaupun tempoh berkenaan berakhir pada 15 Mac ini.

“Felda masih mempunyai peluang sekiranya mana-mana pemilik saham mahu meneruskan penjualan saham mereka. Biarpun tarikh ini berakhir, tidak bermakna saham tersebut tidak lagi boleh dibeli,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya