Dua lokaliti di Sarawak dan Melaka dikenakan PKPD - Utusan Malaysia

Dua lokaliti di Sarawak dan Melaka dikenakan PKPD

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Beverly Hills di Daerah Bintulu, Sarawak bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga semalam, Kementerian Kesihatan sudah melaksanakan 1,247 ujian saringan di dua kawasan ini.

“Daripada jumlah itu, 84 kes positif Covid-19 direkodkan dan berlaku peningkatan secara mendadak dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Justeru ujarnya, setelah dibuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal, kerajaan bersetuju PKPD selama tempoh dua minggu sehingga 18 Mac depan.

Pelaksanaan itu katanya, untuk memudahkan pihak kementerian tersebut melakukan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk dan juga mengawal penularan dalam komuniti.

Rumah Sewa Anong terletak di Batu 5 manakala Rumah Sewa Beverly Hills di Taman Beverly Hills dengan jarak antara dua lokasi ini 50 kilometer dan mengambil masa sejam berkereta.

Ismail Sabri dalam pada itu, turut mengumumkan pelaksanaan PKPD untuk tempoh yang sama dan juga bermula esok melibatkan Sekolah Henry Gurney di Telok Mas, Melaka.

“Sehingga semalam, sebanyak 152 kes positif direkodkan melibatkan lima kakitangan, lapan ahli keluarga dan 139 penghuni di institusi pemulihan akhlak tahanan remaja lelaki tersebut.

Sekolah Henry Gurney dibuka ketika era penjajahan Britain pada 1949 lalu oleh Pesuruhjaya Tinggi negara tersebut di Malaya ketika itu, mendiang Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya