Darurat 1969 dan Darurat 2021 tak sama - Pejuang - Utusan Malaysia

Darurat 1969 dan Darurat 2021 tak sama – Pejuang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan menyamakan pengisytharan Darurat pada tahun 1969 dengan pengisytiharan Darurat 2021, hari ini sebagai tidak tepat.

Ini kerana menurut Ketua Peguam Pejuang, Mior Nor Haidir, Proklamasi Darurat pada 1969 dibuat atas nasihat oleh seorang Perdana Menteri yang memiliki kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada ketika itu.

“Proklamasi Darurat 1969 adalah lanjutan daripada rusuhan kaum dan bertujuan untuk menyelamatkan negara dan bukannya jawatan seseorang Perdana Menteri.

“Pada ketika itu tiada sebarang isu tentang kedudukan Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Takiyuddin pada hari ini menjelaskan bahawa tidak akan ada sidang Parlimen, dan sebarang keputusan untuk mengadakan persidangan mesti dibuat oleh Kabinet.

Tambah beliau lagi, pengisytiharan Darurat 2021 pula dilakukan atas nasihat seorang Perdana Menteri yang telah hilang kepercayaan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

“Kami melihat bahawa alasan ketiadaan persidangan Parlimen yang kononnya disebabkan oleh wabak Covid-19 adalah suatu alasan yang remeh.

“Walhal pembukaan sekolah-sekolah dan premis-premis perniagaan telah melibatkan jutaan orang, manakala Dewan Rakyat hanya membabitkan 220 orang sahaja,” kata beliau.

Kata beliau lagi, sebelum ini Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said turut mengutus surat kepada Peguam Negara bahawa cabang legislatif telah dilumpuhkan akibat keputusan eksekutif untuk menggantung Parlimen dan menyebabkan cabang eksekutif seolah-olah mentadbir secara bebas dalam hal ehwal negara dan tidak dipertanggungjawabkan kepada Parlimen.

‘’Kami melihat bahawa ketiadaan persidangan Parlimen sehingga ke hari ini adalah dengan jelas mencerminkan kebimbangan kerajaan berkenaan kelangsungan kuasa politiknya, “ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya