Bunuh kakitangan IKRAM : seorang lelaki ditahan - Utusan Malaysia

Bunuh kakitangan IKRAM : seorang lelaki ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes bunuh membabitkan  seorang kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia di sebuah rumah di Kajang semalam.

Lelaki berusia 57 tahun itu ditahan 8.45 malam di sekitar Kajang.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui hubungan antara suspek dan mangsa.

“Kita akan memohon reman suspek bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, mayat seorang wanita ditemukan di dalam sebuah rumah dengan kesan jerut dileher.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan telah mengesahkan mangsa merupakan Nik Khatijah Nik Mud.

Nik Khatijah dipercayai telah  mati lebih daripada 24 jam sebelum ditemui.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.