Beri pendidikan berterusan kepada rakyat tentang kebaikan vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Beri pendidikan berterusan kepada rakyat tentang kebaikan vaksin Covid-19

JAGDEEP SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan perlu menggerakkan usaha berterusan mendidik rakyat berhubung kebaikan menerima vaksin Covid-19 supaya sasaran 80 peratus rakyat divaksin dapat dicapai.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, setakat semalam pendaftaran di MySejahtera bagi penerimaan vaksin Covid-19 telah mencapai 1.77 juta orang.

“Ini merupakan berita baik dan kita perlu terus menjalankan amanah dengan memberi pendidikan berterusan kepada rakyat berhubung kebaikan menerima vaksin ini,” katanya di sini hari ini.

Sebanyak 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech dihantar ke Malaysia pada 21 Februari lalu dengan sebahagian diterbangkan ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sementara sebahagian lagi ke Johor.

Menurut Jagdeep, setakat semalam juga sebanyak 80,366 dos vaksin telah diedarkan ke seluruh negara dengan sebanyak 2,914 dos dibekalkan di Pulau Pinang.

Dalam pada itu beliau menyambut baik keputusan Kerajaan Pusat yang bersetuju supaya penguat kuasa pohak berkuasa tempatan (PBT) yang bertugas di lapangan turut diberi vaksin Covid-19 dalam Fasa 1.

“Mereka ini juga merupakan petugas hadapan dan saya bersyukur cadangan kerajaan negeri ini telah disambut baik di peringkat Kerajaan Pusat,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 1.58 juta pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) telah dijalankan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

“Daripada 710,274 pemeriksaan oleh MBPP, kita mendapati kadar pematuhan pada 99.69 peratus manakala MBSP melakukan 871,694 pemeriksaan dengan mendapati kadar pematuhan 99.38 peratus,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya