Agenda 30 peratus calon wanita mesti dilaksanakan - Noraini - Utusan Malaysia

Agenda 30 peratus calon wanita mesti dilaksanakan – Noraini

NORAINI Ahmad menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO Wanita UMNO 2020 di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Wanita UMNO mendesak sekurang-kurangnya 30 peratus wanita diberi peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya akan datang.

Ketuanya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, UMNO sebagai parti yang bangun dan berdiri atas sokongan wanita sejak 1946 mesti menjadi peneraju dalam agenda itu.

Ujarnya, parti itu bukan sahaja dibangunkan atas keringat dan perjuangan lelaki tetapi air mata dan gelang emas wanita Melayu.

“Kita tidak minta harta benda dan pujian. Apa yang kita nak, agenda 30 peratus wanita dalam politik ini dilaksanakan. Justeru, saya meminta kepada kepimpinan parti untuk mempertimbangkan calon dalam kalangan wanita.

“Kami mempunyai calon yang layak untuk ditonjolkan sebagai wakil rakyat. Kita tidak mahu lagi dikenali sebagai kumpulan yang bergerak di belakang tabir. Kita mahu lebih ramai wanita diletakkan di barisan hadapan,” katanya dalam ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO Wanita UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Noraini menegaskan, wanita terus menjadi wadah perjuangan parti itu dan tulang belakang kepada kebangkitan pada pilihan raya umum akan datang.

“Wanita UMNO terus berkorban demi perjuangan yang setia ini. Wanita-wanita ini setia, susah untuk lompat parti.

“Yang melompat ini majoritinya lelaki. Saya minta sangatlah kepada presiden parti, tengok-tengoklah wanita ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN