PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sebanyak 1, 268 kes positif Covid-19 sekali gus mengatasi kes sembuh yang mencatatkan 1,083 kes.
Sebanyak empat kluster dan dua kematian direkodkan manakala kes aktif pula, 14,637 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 161 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 73 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 490 kes diikuti Sarawak, 141 kes dan Johor, 135 kes.
“Bagi empat kluster baharu, ia melibatkan dua kluster tempat kerja, dan masing-masing satu kluster komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.
“Kes kematian melibatkan warga tempatan iaitu dua kes di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE










