Wakil rakyat peneroka Felda pertama meninggal dunia - Utusan Malaysia

Wakil rakyat peneroka Felda pertama meninggal dunia

ZAINAL HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Peneroka Felda Sungai Nerek, Datuk Zainal Hasan, 77, yang mencipta sejarah menjadi wakil rakyat pertama dalam kalangan warga peneroka meninggal dunia pagi tadi.

Allahyarham yang menjadi pemimpin peneroka Felda di peringkat pusat bergiat aktif dalam politik bersama UMNO dan terpilih menjadi wakil rakyat Jengka selama empat penggal bermula 1980 sehingga 1999.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Normah Bachik, 70, dan enam orang anak.

Kemuncak politiknya apabila Allahyarham terpilih menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Tugas-Tugas Khas negeri dibawah Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Percubaannya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka buat penggal kelima pada 1999 gagal apabila ditewaskan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dari Pas dengan majoriti 500 undi.

Zainal berjasa kepada masyarakat Felda sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Permodalan Felda dan beberapa anak syarikat Felda.

Anaknya, Datuk Azwan Iskandar, 43, memberitahu, Allahyarham bapanya meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan buah pinggang kira-kira pukul 11.30 pagi di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya