Seri Paduka dirayu bubar Kabinet - Utusan Malaysia

Seri Paduka dirayu bubar Kabinet

AHMAD TAJUDDIN SULAIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dirayu membubarkan Kabinet dan melantik Ketua Setiausaha Negara sebagai Perdana Menteri Interim bagi menguruskan pentadbiran susulan pelantikan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.

Membangkitkan cadangan itu, Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, apabila Kabinet dibubarkan, Seri Paduka akan mengetuai pentadbiran kerajaan sehingga habis tempoh pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Jelasnya, 19 ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang diperkenankan pula akan menasihati Seri Paduka berhubung urusan pentadbiran.

“Dalam situasi politik negara ketika ini, saya rasa cara ini (serahkan pentadbiran negara kepada bukan orang politik buat sementara waktu) adalah yang terbaik sehingga benar-benar wujud satu permuafakatan yang utuh antara parti politik di negara ini.

“Biarkan parti-parti politik sedia ada berunding sesama mereka tanpa tekanan pihak yang berkuasa. Biar mereka berunding dengan kekuatan masing-masing, bukan berasaskan sokongan daripada kuasa kerajaan.

“Cara seperti ini diyakini dapat membentuk kerajaan yang lebih mapan dan kuat pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15),” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, lantikan 19 ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 berkuat kuasa serta-merta selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut kenyataan berkenaan, jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Jawatankuasa terbabit berperanan menasihati Seri Paduka berhubung kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.

Mengulas lanjut, Ahmad Tajuddin merayu Yang di-Pertuan Agong mempertimbangkan tadbir urus negara bebas daripada pengaruh politik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya