Seorang melecur, tiga selamat bot nelayan terbakar - Utusan Malaysia

Seorang melecur, tiga selamat bot nelayan terbakar

BOT nelayan yang dinaiki empat individu terbakar di kedudukan 16.6 batu nautika Barat Daya Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Seorang melecur sementara tiga lagi terselamat apabila bot nelayan dinaiki terbakar dalam satu kejadian di kedudukan 16.6 batu nautika Barat Daya Sungai Besar di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, mangsa dipercayai warga Myanmar melecur 90 peratus telah dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.

Bagaimanapun, tiga lagi individu termasuk seorang warga tempatan merupakan tekong menaiki bot nelayan tempatan kelas C berjaya diselamatkan.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru menerima panggilan MERS999 daripada Pusat Kawalan Trafik Udara memaklumkan Pesawat AW139 telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan terbakar ketika pesawat melakukan rondaan di udara.

Menurutnya, sejurus menerima maklumat, aset maritim diarah ke lokasi kejadian dan mendapati seramai empat lelaki termasuk tiga warga Myanmar berada di atas bot tersebut. 

“Seorang dilaporkan melecur sebanyak 90 peratus dan telah dibawa ke Hospital Sabak Bernam oleh pesawat.

“Manakala, tiga lagi individu diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohammad Rosli berkata, pihaknya kini sedang mengenal pasti kesemua mangsa dan punca kejadian masih dalam siasatan.

“Maklumat disalurkan ke agensi lain iaitu KD Gagah Samudera(TLDM), Polis Diraja Malaysia(PDRM), Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia(JBPM), Angkatan Pertahanan Awam(APM) dan komuniti maritim.

“Kesemua anggota diarahkan memakai kelengkapan perlindungan diri lengkap termasuk jaket keselamatan sebelum melakukan kerja-kerja pemadaman,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.