Segera suntik vaksin Covid-19 pekerja penerbangan - Utusan Malaysia

Segera suntik vaksin Covid-19 pekerja penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pekerja sektor penerbangan perlu disenaraikan sebagai antara penerima awal vaksin Covid-19 sebagai persediaan ekonomi kembali pulih selepas ramai diberi suntikan tersebut.

Presiden Persatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM), Ismail Nasaruddin berkata, pihak Kementerian Pengangkutan perlu bertindak proaktif berhubung hal itu jika mahu industri penerbangan di negara ini segera pulih.

“Kementerian tidak harus senyap sebaliknya perlu memberikan kepastian kepada pekerja industri yang sudah lama direhatkan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Kelmarin, kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech dari Belgium selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk rakyat negara ini.

Menurut Ismail, pekerja-pekerja industri penerbangan juga pekerja barisan hadapan apabila mereka bekerja dalam persekitaran yang berisiko.

“Seperti pramugari, mereka bekerja untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang sekali gus mendedahkan mereka termasuk ahli keluarga dengan risiko dijangkiti Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia sepatutnya mengambil contoh negara lain yang mengutamakan pekerja syarikat penerbangan sebagai penerima awal vaksin Covid-19.

“Kita lihat pekerja Singapore Airlines dan Qatar Airways telah menerima suntikan itu,” ujarnya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dibahagikan kepada tiga fasa dengan yang pertama bermula Khamis ini, fasa kedua pada April hingga Ogos 2021 manakala Fasa ketiga pada Mei tahun ini hingga Februari tahun depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN