Saluran Didik TV bukan satu bentuk pembaziran - Utusan Malaysia

Saluran Didik TV bukan satu bentuk pembaziran

MAS Ermieyati Samsudin (kiri) menyampaikan tablet kepada murid sekolah untuk kegunaan harian pada program penyampaian tablet dan kad sim di pekarangan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Masjid Tanah, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASJID TANAH: Pelancaran saluran Didik TV Kementerian Pendidikan pada Rabu lalu bukan satu bentuk pembaziran meskipun dua hari selepas itu Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin mengumumkan sesi persekolahan dibuka secara berperingkat bermula 1 Mac ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, tindakan drastik itu juga bukanlah satu langkah terburu-buru tanpa perancangan yang teliti berikutan kerajaan sentiasa peka menangani pandemik Covid-19 terutama melibatkan para pelajar.

Beliau berkata, walaupun sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) selepas ini berlaku di sekolah, saluran TV pendidikan diyakini akan menjadi pilihan alternatif kepada ibu bapa serta nilai tambah kepada murid-murid.

“Pada saya bukan pembaziran sebab saya rasa ia pilihan kepada ibu bapa dan juga pelajar selepas ini. Saya rasa apa juga yang telah diputuskan pastinya telah mengambil kira banyak faktor.

“TV pendidikan itu sebenarnya sebagai satu medium, walaupun sekolah tutup atau buka ia masih boleh beroperasi dan boleh digunakan sebagai salah satu pilihan kepada ibu bapa,” katanya ketika ditemui selepas Program Penyerahan Tablet di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Masjid Tanah di sini hari ini.

Dalam majlis berkenaan, Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah mengedarkan 100 tablet berserta kad sim percuma secara pandu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.