RMNK perkasa nanoteknologi negara - Utusan Malaysia

RMNK perkasa nanoteknologi negara

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melaksanakan suatu inisiatif yang diberi nama Rangkaian Makmal Nanoteknologi Kebangsaan (RMNK) dalam usaha memperkasa bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) nanoteknologi negara ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, RMNK membolehkan penggunaan sumber yang lebih efisien dipertingkatkan selain kos R&D serta pengaliran wang ke luar negara dapat dikurangkan.

Katanya, dengan wujudnya portal RMNK, www.mosti.gov.my/rmnk, ia membolehkan penyelidik dan industri memanfaatkannya bagi tujuan mendapatkan bantuan rundingan dan nasihat teknikal serta penggunaan peralatan bagi menjalankan kajian berdasarkan nanoteknologi.

“Portal ini juga diharapkan dapat menggalakkan lebih ramai penyelidik dan pemain industri untuk terlibat secara aktif di dalam Malaysia Grand Challenge (MGC) yang menyediakan dana berjumlah lebih RM220 juta bagi tujuan R&D di bawah Program Dana Pemacu Teknologi Strategik (PEMACU) MOSTI.

“Ini membolehkan memeta kekuatan setiap pemegang taruh, iaitu universiti awam, swasta, institut penyelidikan dan industri berdasarkan kepada infrastruktur penyelidikan atau kemudahan makmal dan kepakaran penyelidik yang dapat dimanfaatkan untuk membentuk ekosistem nanoteknologi negara yang dinamik dan progresif,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pelancaran RMNK secara maya melalui laman web MOSTI semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN