‘Rasa lenguh sekejap saja’ - Utusan Malaysia

‘Rasa lenguh sekejap saja’

Mohamad Zikri Ahmad Tarmidi menerima suntikan vaksin Covid -19 di Istanbul, Turki, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya kini lebih berkeyakinan untuk berinteraksi dengan orang ramai.”

Itu pengakuan Mohamad Zikri Ahmad Tarmidi, 28, rakyat Malaysia pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 di Turki pada 15 Januari lalu.

“Alhamdulillah, selepas lebih seminggu disuntik vaksin, tiada apa-apa kesan sampingan.

“Cuma rasa lenguh di bahu, dekat dengan lengan kiri yang disuntik. Itu pun sehari saja,” kata doktor pelatih di Hospital Cerrahpasa, Istanbulya itu kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Mohamad Zikri berharap rakyat Malaysia tidak ragu-ragu untuk menerima vaksin kerana itulah pilihan terbaik bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 buat masa ini.

“Harapan saya ialah rakyat Malaysia lebih terbuka untuk mengambil vaksin ini kerana saya percaya ramai dalam kalangan kita yang masih tidak yakin dengan pengambilan vaksin,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia masih mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal pandemik iaitu sentiasa memakai pelitup muka.

Bsru-baru ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan diri menjadi individu pertama menerima suntikan Covid-19.

Jelas Perdana Menteri, ini bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin itu adalah selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN