Program SMART SBB tingkatkan pendapatan pesawah - Utusan Malaysia

Program SMART SBB tingkatkan pendapatan pesawah

RONALD Kiandee (tengah) melawat ruang pameran pada Majlis MoU Projek Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) di antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan syarikat peneraju di Wisma Tani, Putrajaya, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) dijangka dapat meningkatkan purata pendapatan pesawah daripada RM5,000 kepada RM7,900 setahun.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, pendapatan bersih sehektar pula dijangka meningkat daripada RM5,400 sehingga ke RM15,600 setahun jika purata produktiviti sehektar meningkat daripada 3.5 tan metrik kepada sasaran tujuh tan metrik.

Beliau berkata, program itu turut menyasarkan peningkatan purata hasil sehektar nasional daripada purata hasil semasa sebanyak 3.5 tan metrik pada tahun 2019 kepada tujuh tan metrik dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Meskipun ada sebahagian kecil kawasan dalam jelapang yang mencatatkan pengeluaran melebihi 10 tan metrik sehektar pada masa ini, namun sebahagian besar kawasan jelapang dan keseluruhan kawasan luar jelapang hanya mencatatkan purata hasil sehektar masing-masing sebanyak 4.4 tan metrik dan 2.5 tan metrik pada tahun 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) Projek SMART SBB antara kerajaan dengan 11 syarikat peneraju bagi pelaksanaan program SMART SBB di kementeriannya hari ini.

Sementara itu, Ronald berkata, syarikat tersebut akan membangunkan kawasan penanaman padi dengan sasaran seluas 150,000 hektar semusim bagi fasa pertama secara berperingkat menerusi pelbagai kaedah pelaksanaan seperti pertanian kontrak, sewaan dan sebagainya.

Menurutnya, SMART SBB merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam menyatukan tanah sawah secara pertanian kontrak atau sewaan melalui satu pengurusan sekali gus dapat mengoptimumkan penggunaan sumber dan meningkatkan kecekapan aktiviti penanaman dan pengeluaran hasil lepas tuai.

“Program ini penting berikutan terdapat keperluan bagi menangani isu ancaman terhadap kemampanan sara diri negara terhadap beras,” katanya.

Katanya, program itu akan membantu negara untuk mencapai sasaran Kadar Tahap Siri Diri (SSL) beras yang telah ditetapkan dalam tempoh RMK-12 iaitu sebanyak 75 peratus.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya