fbpx

11 April 2021, 3:36 pm

  TERKINI

Prasarana rugi RM500 juta projek keretapi di Arab Saudi

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) mengalami kerugian hampir RM500 juta susulan pelaksanaan projek Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL), di Arab Saudi.

Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kerugian itu hadir berdasarkan laporan bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2019.

Kata Tajuddin, kerugian itu berpunca daripada pembabitan Lembaga Pengarah Prasarana dan anak syarikatnya, Prasarana Integrated Management & Engineering Services (PRIME) bermula 2015 sehingga 2018 yang masih belum boleh didedahkan kepada umum.

“Laporan awal audit projek ini sudah diserahkan kepada Jawatankuasa Risiko Audit (ARC) yang kemudian mendapati ada masalah meruncing lain dan perlu kepada pemeriksaan lanjut, sejurus kontrak tamat, pada 2018,” katanya semasa sidang media secara dalam talian di sini hari ini.

Penglibatan Prasarana dalam projek MMMSL bermula pada 2015 membabitkan jajaran landasaran sepanjang 18.1 kilometer menghubung Arafah ke Jamrah.

MMMSL merupakan pengangkutan bagi jemaah haji melaksanakan ibadah sekali gus membantu dalam menangani kesesakan di tempat melontar jamrah. -UTUSAN ONLINE