Polis berpangkat sarjan direman kes rasuah - Utusan Malaysia

Polis berpangkat sarjan direman kes rasuah

ANGGOTA polis berpangkat Sarjan (dua dari kanan) antara yang direman kerana didakwa terlibat kes rasuah di Kompleks Mahkamah Alor Setar hari ini. - UTUSAN/MOHD. RAFIE AZIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang anggota polis berpangkat sarjan merupakan antara empat individu direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan melibatkan kes rasuah, baru-baru ini.

Menurut sumber, tiga lagi yang direman terdiri daripada seorang wanita yang merupakan wakil peguam dan dua lelaki awam.

Katanya, perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim sehingga 26 Februari ini.

Jelasnya, pada 4 Februari lalu, anggota polis berkenaan yang berperanan sebagai penolong pegawai penyiasat didakwa menghubungi seorang lelaki memintanya bertemu wakil peguam dikenali sebagai ‘Kak Long’ bagi menyelesaikan satu aduan kes jenayah terhadapnya.

“Lelaki itu dikatakan telah memukul seorang individu lain, jadi sebagai balasan untuk menarik balik laporan polis terhadap dirinya dan rakan-rakan didakwa bersubahat, lelaki itu diminta Kak Long untuk membayar RM18,000,” katanya di sini.

Sumber memberitahu, lelaki itu sebelum ini telah membuat pembayaran berjumlah RM3,000 manakala bakinya perlu dijelaskan sebelum 23 Februari ini.

“Keempat-empat mereka yang berusia antara 26 hingga 64 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara pukul 1 petang hingga 5.20 petang semalam.

“Seorang lagi individu berusia 35 tahun yang merupakan pemandu kepada wanita tersebut turut dirakam percakapan dan dilepaskan dengan jaminan SPRM,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya