Pembayaran Fasa I BPR bermula esok - Utusan Malaysia

Pembayaran Fasa I BPR bermula esok

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pembayaran Fasa I Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion disalurkan secara berperingkat bermula esok berbanding jadual asal Mei depan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bagi membantu kelangsungan hidup rakyat terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

“Pembayaran Fasa 1 BPR, 8.45 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM300 setiap penerima untuk kategori isi rumah melibatkan seramai 4.4 juta penerima dan RM150 setiap seorang untuk individu bujang, seramai 4.05 juta penerima,”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, pembayaran Fasa 1 BPR dibuat kepada penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang telah diluluskan sebelum ini.

“Isi rumah dan individu bujang akan menerima bayaran yang terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing manakala penerima tidak mempunyai akaun bank, boleh menuntut bayaran melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), bermula Khamis ini.

“Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula akan menerima bayaran di lokasi akan diumumkan kelak, bersekali dengan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua (BPN 2.0), bermula 1 Mac sehingga 1 April depan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.