Pekerja asing bakal ditempatkan di asrama kawasan kilang - Utusan Malaysia

Pekerja asing bakal ditempatkan di asrama kawasan kilang

JAGDEEP Singh Deo dalam sidang akhbar berkenaan status kes Covid-19 dalam kalangan pekerja warga asing di Komtar, Georgetown, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan negeri akan membenarkan penempatan pekerja di tapak kosong yang sesuai dalam kawasan kilang sebagai langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja warga asing.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, setakat ini pihaknya telah menerima empat permohonan pemilik kilang di kawasan Seberang Perai bagi mendirikan asrama pekerja warga asing di dalam kawasan kilang masing-masing.

Ujar beliau, pihaknya akan memperhalusi permohonan dan muktamadkan syarat-syarat bagi pembinaan asrama di dalam kawasan kilang itu supaya sesuai dengan situasi pandemik Covid-19 ketika ini.

“Sebelum ini kita tidak benarkan (asrama pekerja di dalam tapak kilang) kerana ada kawasan kilang yang tidak selamat.

“Tetapi pada masa ini banyak kilang-kilang yang terdiri daripada perusahaan kecil serta sederhana, jadi kita boleh pertimbangkan hal ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Jagdeep, selain itu kerajaan negeri juga akan menempatkan pekerja warga asing di kawasan skim komersial yang jauh daripada skim-skim melibatkan orang awam.

Jelas beliau, selain bertujuan mengekang penularan wabak Covid-19, langkah itu juga bagi menangani isu masalah sosial yang sering dibangkitkan penduduk tempatan.

“Kita sedang lihat skim-skim perumahan komersial yang ada untuk majikan menempatkan pekerja warga asing masing-masing di kawasan komersial yang selesa serta berasingan daripada orang awam ,” katanya.

Tambahnya, setakat ini Pulau Pinang mempunyai dua asrama pekerja warga asing di Batu Maung dan Bukit Minyak manakala enam lagi asrama masih dalam pembinaan.

“Jumlah pekerja warga asing yang berdaftar di negeri ini ialah sekitar 140,000 orang dan tidak semua ditempatkan di kawasan asrama pekerja.

“Ketika wabak Covid-19 ini berlaku kita perlu menempatkan mereka di lokasi yang sesuai untuk mengawal penularan jangkitan Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, program saringan pekerja asing di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah dijalankan ke atas seramai 56,610 pekerja membabitkan sektor perbuatan dan perkilangan serta tapak pembinaan di negeri ini setakat kelmarin.

Daripada jumlah itu, ujarnya, seramai 2,153 pekerja warga asing berkenaan didapati positif Covid-19.

“Daripada 135,490 pekerja yang berdaftar dengan Perkeso terdapat 78,880 pekerja yang masih belum menjalani ujian saringan Covid-19 yang wajib,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya