Murid Tahun 1 tak sabar ke sekolah - Utusan Malaysia

Murid Tahun 1 tak sabar ke sekolah

AWATIF NUR ADAWIYAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Impian murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang di sini, untuk memulakan alam persekolahan secara bersemuka dan bertemu rakan-rakan serta guru bakal menjadi kenya­taan pada 1 Mac ini selepas sekian lama menanti.

Awatif Nur Adawiyah Azlan, 7, yang merupakan antara 21,971 murid di Terengganu yang melangkah ke Tahun 1 pada sesi 2021 kali ini cukup teruja sebaik sahaja dimaklumkan ibu bapanya mengenai pembukaan sekolah pada tarikh berkenaan.

Ibunya, Norhaspida Yatim, 35, berkata, sejak tahun lalu lagi anak keduanya itu sudah tidak sabar memasuki Tahun 1.

“Sebelum ini Awatif selalu bertanya bila dapat pergi ke sekolah, hinggakan setiap hari dia melihat kalendar dan me­ngira hari untuk berjumpa kawan-kawan baharu.

“Apabila saya beritahu sekolah akan dibuka pada bulan depan, dia sangat gembira kerana sudah terlalu lama menunggu selama ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, semalam.

Sementara itu, murid tahun empat di SK Sultan Sulaiman 1, Ilma Fasihah Mohamad Hazman, 10, seronok dapat mengikuti semula suasana belajar di sekolah seperti yang pernah dilalui sebelum ini.

“Saya tidak ada masalah dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tetapi jika dapat kembali ke sekolah lebih bagus.

“Apabila bersemuka, lebih mudah untuk bertanya pada cikgu jika kurang faham tentang sesuatu perkara,” katanya.

Bagi murid tahun tiga SK Sultan Sulaiman 1, Hanis Izz Zara Hanek Mohd. Hamzah, 9, pula, ibu bapanya sudah menyediakan pelitup dan penghadang muka di samping cecair pembasmi kuman bagi persediaan ke sekolah. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya