Lawak jenaka Jamali Shadat sarat nilai kekeluargaan - Utusan Malaysia

Lawak jenaka Jamali Shadat sarat nilai kekeluargaan

ALLAHYARHAM DATUK JAMALI SHADAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Amat terkesan kerana ramai yang membesar dan mengikuti lakonannya yang sarat nilai kekeluargaan.

Demikian jelas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap pemergian pelakon dan pelawak legenda, Datuk Jamali Shadat.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga arwah, Perdana Menteri berkata, lawak jenakanya turut diselitkan dengan nilai keharmonian antara kaum.

“Saya ingin berkongsi kesedihan atas pemergian Allahyarham Datuk Jamali Shadat, seorang pelakon dan pelawak legenda yang telah kembali ke Rahmatullah.

“Salam takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Pemergiannya satu kehilangan kepada semua. Semoga Allah SWT merahmati roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam Facebook beliau.

Pelawak veteran itu meninggal dunia kira-kira pukul 8.15 pagi tadi di kediaman anaknya di Klang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN