Kelantan sokong kompaun ingkar SOP PKP dinaikkan - Utusan Malaysia

Kelantan sokong kompaun ingkar SOP PKP dinaikkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pindaan Akta 342 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi membolehkan kadar kompaun pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dinaikkan disifatkan sebagai langkah wajar.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, tindakan itu bukan bertujuan menyusahkan rakyat, namun sebagai pengajaran supaya lebih bertanggungjawab memastikan diri dan keluarga masing-masing mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Kita setuju kadar kompaun dinaikkan lebih tinggi, bukan kata (sengaja) nak kompaun rakyat tetapi supaya rakyat ada rasa tanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas meninjau situasi terkini PKP menerusi program Info On Wheels (IOW): Kempen Pematuhan SOP Covid-19 di sekatan jalan raya (SJR) Jambatan Sultan Yahya Petra di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN