Jaga solat, hubungan adik-beradik - Utusan Malaysia

Jaga solat, hubungan adik-beradik

ALLAHYARHAM DATUK JAMALI SHADAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: “Jaga hubungan adik-beradik, jaga solat.”

Demikian pesanan Allahyarham Datuk Jamali Shadat kepada anak-anaknya seperti diceritakan Fauzi, 49.

Fauzi yang merupakan anak keenam berkata, walaupun pesanan itu dua tahun lalu sebelum pemergian ibunya, pesanan itu akan sentiasa diingati mereka lapan beradik.

“Ayah juga berpesan supaya tidak tinggal solat dan jangan memalukan keluarga. Namun, semuanya tinggal kenangan dan sejak ibu meninggal, kami tidak lagi mendengar suara ayah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pinang di sini.

Jamali mempunyai lapan anak, 39 cucu dan 10 cicit disahkan meninggal dunia di kediaman anaknya di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah pada pukul 8.15 pagi tadi.

Bercerita tentang kesihatan Allahyarham, Fauzi berkata, arwah semakin uzur sejak dua minggu lalu dan kurang berselera makan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN