Islam larang perlekeh, persenda usaha murni guru - Utusan Malaysia

Islam larang perlekeh, persenda usaha murni guru

AHMAD SANUSI AZMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tindakan pihak pengurusan sebuah stesen radio menggantung sementara tugas seorang penyampai radionya yang memuat naik video di aplikasi TikTok mempersenda dan mentertawakan cara sebutan bahasa Inggeris seorang guru wanita merupakan satu tindakan tepat.

Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Ahmad Sanusi Azmi berkata, tindakan tegas itu penting bagi mendidik masyarakat meletakkan guru di kedudukan selayaknya.

Jelasnya, setiap ibu bapa juga hendaklah mendidik anak mereka agar sentiasa memberikan penghormatan buat guru malah negara juga tidak akan membangun tanpa pengorbanan seorang guru.

“Islam melarang kita memperlekeh apatah lagi mempersendakan usaha murni seorang guru yang sedang mendidik anak bangsa.

“Rasulullah SAW menanamkan ke dalam jiwa para sahabat agar sentiasa memuliakan guru. Para sahabat Nabi juga dahulu sangat memuliakan guru mereka,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Semalam media melaporkan, penyampai radio berkenaan tampil membuat permohonan maaf di atas perbuatannya itu.

Tindakannya itu mencetuskan kemarahan netizen yang turut mendesak stesen radio berkenaan memecat penyampai radio tersebut.

Wakil pengurusan stesen radio itu memaklumkan individu berkenaan digantung tugas serta-merta selain memohon maaf atas perilaku penyampai terbabit.

Menurut Ahmad Sanusi, para sahabat Rasulullah juga tidak meninggikan suara di sisi guru dan mereka tidak menarik muka apabila berhadapan dengan guru.

“Jauh sekali untuk mereka memperlekehkan atau mentertawakan seorang guru. Begitu tinggi adab dan penghormatan yang diterapkan oleh Islam dalam menghormati guru,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN