Dua lokaliti Terengganu dikenakan PKPD mulai esok - Utusan Malaysia

Dua lokaliti Terengganu dikenakan PKPD mulai esok

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti berbeza di daerah Hulu Terengganu, Terengganu selama tempoh 14 hari bermula esok.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antaranya ialah Felda Tersat, Kuala Berang susulan peningkatan kes Covid-19 di skim tanah itu kebelakangan ini.

“Sehingga Isnin lalu, Kementerian Kesihatan merekodkan sejumlah 45 kes positif daripada 420 ujian saringan dilakukan di kawasan ini,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Jelas beliau, atas nasihat dan penilaian risiko oleh pihak kementerian itu, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di lokaliti tersebut mulai 4 hingga 17 Februari ini.

Katanya, ini bagi memudahkan proses saringan secara bersasar yang melibatkan 583 penduduk di 198 rumah serta mengawal jangkitan dalam komuniti Felda tersebut.

Ismail Sabri berkata, turut dikenakan PKPD pada tarikh yang sama ialah tapak bina kuarters Tenaga Nasional Berhad (TNB), juga terletak di Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Katanya, ini susulan pelaksanaan sebanyak 386 ujian saringan dan daripada jumlah itu, pihak kementerian tersebut telah merekodkan 62 kes positif Covid-19 di lokaliti berkenaan.

Dalam pada itu di Perak, Felda Lasah selain Kampung Besi Api di daerah Kuala Kangsar turut dikenakan PKPD bagi tempoh yang sama.

“Sehingga 31 Januari lalu, kementerian telah melaksanakan 71 ujian saringan dan daripada bilangan itu, sejumlah 35 kes positif dikesan di dua lokaliti terbabit,” katanya.

Ia merupakan penempatan Felda yang kedua di negeri tersebut dikenakan PKPD selepas Felda Bersia di Gerik dengan melibatkan sejumlah lebih 800 penduduk. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya