Cuaca panas hingga April ini - Utusan Malaysia

Cuaca panas hingga April ini

MET Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fasa akhir Monsun Timur Laut dengan taburan hujan yang agak rendah menjadi penyebab kepada berlakunya cuaca panas yang dijangka hingga April ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ia merupakan satu fonemena biasa sepanjang tempoh Februari hingga April setiap tahun.

Kata kenyataan itu lagi, MetMalaysia tidak menjangka keadaan cuaca panas luar biasa akan berlaku pada tahun ini.

Taburan hujan yang rendah dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca agak panas, terutamanya pada waktu malam apabila terdapatnya litupan awan.

Suhu tertinggi bagi bulan Februari tahun ini adalah lebih rendah iaitu 36.2 darjah Celsius berbanding 37.4 darjah Celsius pada tahun lalu yang dicerap di Stesen Meteorologi Kuala Kangsar, Perak.

Tambahnya, keadaan cuaca agak panas yang dialami di kebanyakan kawasan di negara ini dalam tempoh ini dijangka beransur reda bermula pertengahan April ini.

“Semua pihak dinasihatkan supaya mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air.

“Orang ramai juga dinasihatkan mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka, mengurangkan aktiviti-aktiviti di luar dan minum air secukupnya.

“MET Malaysia akan sentiasa memantau keadaan cuaca di seluruh negara dan orang ramai disarankan supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial Met Malaysia,” kata kenyataan itu – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN