Bantu usaha Ustaz Ebit Lew - Utusan Malaysia

Bantu usaha Ustaz Ebit Lew

FARKHAN HARON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sokong usaha dilakukan pendakwah, Ustaz Ebit Lew yang berhasrat membangunkan tiga sekolah dalam usaha dakwahnya di Semporna, Sabah.

Demikian ditegaskan Ikon Belia Negeri Johor, Farkhan Haron yang menjelaskan, walaupun kawasan tersebut dalam kategori bahaya, usaha murni itu perlu dibantu dan diberi sokongan penuh.

Katanya, golongan anak muda di Johor sentiasa mengikuti perkembangan dan menyokong usaha Ustaz Ebit Lew dalam memberi dakwah dan bantuan secara luar biasa di seluruh negara.

“Usaha ini sepatutnya mendapat sokongan semua pihak tanpa mengira latar belakang kaum di negara ini.

“Kita juga sepatutnya menggalakkan lebih banyak usaha anak muda seperti ini yang berkorban masa dan wang ringgit dalam waktu sukar sebegini dengan memberi sokongan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ebit dalam Facebook rasminya kelmarin melahirkan rasa sedih kerana tidak dapat meneruskan misi bantuan Covid-19 di pulau sekitar Semporna atas faktor keselamatan selain berisiko didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun jika ingkar.

Beliau sebelum itu menyampaikan bantuan di beberapa pulau di daerah itu dan turut bercadang membina tiga sekolah dengan enam guru untuk mengajar kemahiran asas menulis, membaca, mengira, asas Islam, akhlak dan kasih sayang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN