AIM bayar lebih RM200 juta kepada Kementerian Kewangan - Utusan Malaysia

AIM bayar lebih RM200 juta kepada Kementerian Kewangan

LAJIM Ukin diapit oleh Pengerusi Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad, Mohd Najib Mohd Noor (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Amanah Ikhtiar Malaysia dan Mohamed Shamir Abdul Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah membuat bayaran balik pinjaman kerajaan sebanyak RM214,867,103.50 kepada Kementerian Kewangan.

Pembayaran itu sebagai sebahagian daripada pinjaman yang diperoleh AIM sejak 1998 daripada kerajaan yang berjumlah RM857.97 juta.

Pengerusi Eksekutif AIM, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, bayaran balik itu dibuat secara berperingkat bermula 2011 dengan jumlah RM20,000,000 diikuti 2012 (RM45,367,102.50); 2013 (RM10,000,000); 2015 (RM2,000,000); 2016 (RM7,000,000); tahun 2017 (RM8,000,000); 2019 (RM 14,500,000) dan pembayaran terkini pada Februari 2021 berjumlah RM100,000,000.

“Pinjaman daripada kerajaan yang dibuat adalah sebahagian usaha AIM memberi pinjaman mikro kepada golongan berpendapatan rendah (B40) khususnya golongan wanita untuk dijadikan sebagai modal awal mereka memulakan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod AIM secara keseluruhan telah menerima pinjaman daripada kerajaan sebanyak RM857.97 juta yang terdiri daripada lapan peringkat pinjaman bermula tahun 1996 hingga tahun 2011.

Tahun lalu, AIM menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam yang berdepan dengan masalah penyusutan pendapatan akibat pandemik Covid-19 bermula awal tahun hadapan.

Dalam pada itu, Lajim berkata, usaha AIM membuahkan hasil apabila sehingga tahun ini, sebanyak 939,754 peminjam yang dikenali sebagai Sahabat mendapat manfaat.

Ini menjadikan keseluruhan jumlah jangkauan rakyat negara ini yang menerima manfaat daripada usaha tersebut dalam menangani masalah kemiskinan ialah sebanyak 3,759,016.

Antara lain, kata Lajim, pinjaman pertama dibuat pada 10 Oktober 1996 berjumlah RM101,468,410.00 bagi membiayai Skim Pembiayaan Ikhtiar manakala pada 21 Disember 1998, AIM menerima pinjaman kali kedua RM100 juta bagi membiayai skim yang sama.

Ia kemudiannya diikuti pada 2006 hingga 2008 dengan jumlah sebanyak RM371.5 juta, (RM171.5 juta diterima pada 2006), RM100 juta masing-masing pada 2007 dan 2008.

“Pada 2010 pula, AIM telah menerima pinjaman sebanyak RM165 juta bagi membiayai program SPI (RM123 juta) dan Program Mikrobandar (RM42 juta).

“Kali terakhir AIM menerima pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan adalah pada 2011 iaitu pada 21 Jun 2011 dan 27 Disember 2011 masing-masing sebanyak RM60 juta bagi melaksanakan Program Pembiayaan Ikhtiar,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya