Ahli Parlimen Tebrau nafi tinggalkan PKR - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Tebrau nafi tinggalkan PKR

STEVEN CHOONG SHIAU YOON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Tebrau, Shiau Yoon menafikan beliau akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan memberi sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Steven Choong berkata, meskipun pernah cuba ‘dipikat’ dengan jawatan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC), namun beliau tidak mengejar kedudukan yang memberikan ‘gaji tambahan’.

“Saya sangat sibuk dengan isu di kawasan, tetapi saya ditanya oleh parti berhubung laporan berita spekulasi saya akan menyertai PN yang timbul kerana saya dilihat bertemu dengan beberapa menteri bagi menyelesaikan beberapa isu termasuk kewarganegaraan.

“Jawapan saya kepada parti termasuk kepada Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa saya hanya mahu berkhidmat kepada rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi miliknya sebentar tadi.

Tambah Steven Choong, dalam jawapan kepada parti juga, beliau memaklumkan tidak akan menyertai PN kerana bimbang pengalaman 22 bulan bersama menteri Pakatan Harapan (PH) berulang.

“Saya maklumkan saya kecewa apabila gagal buat temu janji dengan beberapa menteri untuk bawa rakyat jumpa mereka yang kebanyakan beritahu kena buat temu janji dahulu dengan pembantu peribadi yang akhirnya tiada respon termasuk tidak jawab panggilan dan mesej.

“Oleh itu soalan saya kepada menteri PN yang saya jumpa adakah saya sebagai Ahli Parlimen biasa dapat bertemu menteri lain dan saya tidak dimalukan sama seperti melaluinya ketika zaman PH dahulu,” katanya.

Steven Choong berkata, pemimpin parti telah menerima penjelasan tersebut atas dasar mereka tidak percaya PN dapat memenuhi permintaan beliau.

“Berkhidmat kepada rakyat adalah keutamaan saya,” katanya.

Pada 24 Mei tahun lalu, Steven Choong pernah menafikan beliau akan keluar parti, malah mendakwa pernah menolak jawatan menteri kabinet ketika kerajaan pusat bertukar pada Mac lepas.

Ketika itu, beliau mendakwa, desas-desus berkenaan didalangi seteru politiknya di Parlimen Tebrau dan parti-parti politik yang lain.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya