4,055 sembuh, 2,468 positif, 14 kematian - Utusan Malaysia

4,055 sembuh, 2,468 positif, 14 kematian

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sebanyak 4,055 kes sembuh sekali gus mengatasi 2,468 kes positif dengan 14 kematian.

Bagi kes aktif pula, yang mengalami penurunan kes sejak beberapa hari lalu , hari ini ia merekodkan sebanyak 30,475 kes berbanding semalam, iaitu 32, 076 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 196 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 92 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor masih mengekalkan negeri yang merekodkan kes positif tertinggi iaitu 932 kes diikuti Johor, 428 kes; Perak, 308 kes; Pulau Pinang, 155 kes; Kuala Lumpur, 155 kes; Sarawak, 133 kes dan Negeri Sembilan, 100 kes.

“Baki negeri lain, hanya merekodkan kes dua angka manakala Terengganu, sembilan kes; Labuan, enam kes; Putrajaya, empat kes dan Perlis tiada kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya