120 buggy musnah dalam kebakaran kelab golf - Utusan Malaysia

120 buggy musnah dalam kebakaran kelab golf

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran melibatkan stor penyimpanan bugi di Kelab Golf Kota Seriemas, Nilai, Seremban pagi tadi.-Ihsan Bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 120 buggy (kereta golf) yang disimpan di dalam sebuah stor penyimpanan di tingkat bawah Kelab Golf Kota Seriemas, Nilai, terbakar dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Bakarya Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.37 pagi dan tiba di lokasi 15 minit kemudian. 

“Sebanyak 120 buggy musnah 100 peratus dalam kejadian berkenaan. Kebakaran melibatkan sebuah stor tempat penyimpanan kenderaan bugi dan sebuah stor seluas 15X15 di tingkat bawah bangunan kelab golf itu yang dianggarkan seluas 200X200 kaki persegi. 

“Peratusan terbakar 100 peratus bagaimanapun pihak bomba telah mengawal kebakaran dengan cepat supaya tidak melibatkan bangunan tingkat satu yang terdapat restoran, bilik menunggu orang kenamaan serta kedai di kelab golf tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. 

Menurut Ahmad Bakarya, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 3.23 pagi tadi dan operasi ditamatkan pada pukul 5.55 pagi. 

“Tiada mangsa dilaporkan ketika kejadian dan punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, saksi kejadian iaitu pegawai keselamatan di kelab golf berkenaan, Shamrasizu Shamsuddin berkata, ketika membuat rondaan pemeriksaan, dia terdengar satu letupan kuat di bahagian tingkat bawah. 

“Apabila saya bersama rakan meninjau didapati kebakaran mula merebak dengan pantas dan asap tebal. 

“Saya terus memaklumkan kepada penyelia dan menghubungi talian kecemasan MERS999 untuk bantuan pihak bomba,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya