Yayasan Bank Rakyat peruntuk RM2j bagi pusat pengajian, kebajikan

Yayasan Bank Rakyat peruntuk RM2j bagi pusat pengajian, kebajikan

MOHD. Fauzi Md. Fadzil (kiri) menyerahkan sumbangan peruntukan sebanyak RM60,000 kepada Mohd. Ghanis Osman sambil diperhatikan oleh Saiful Yazan Sulaiman (tengah) di Kampung Simat, Johol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan hari ini. - FOTO/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Yayasan Bank Rakyat memperuntukkan dana sebanyak RM2 juta sepanjang tahun lalu untuk pusat-pusat pengajian dan kebajikan bagi memberikan motivasi kepada pelajar untuk mendapatkan pendidikan terbaik. 

Pemangku Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Mohd. Fauzi Md. Fadzil berkata, peruntukan itu sebagai suntikan semangat kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran kepada peringkat lebih tinggi. 

“Yayasan Bank Rakyat memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk madrasah, pusat-pusat tahfiz, pusat anak yatim, mualaf yang mana tujuannya untuk memberikan motivasi kepada anak-anak ini agar berjaya dan belajar, tiada lagi yang terkandas atau keciciran dalam pelajaran mereka.

“Ini adalah objektif utama Yayasan Bank Rakyat dalam meningkatkan sosioekonomi melalui pendidikan, dana peruntukan ini disediakan untuk pengajian mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Yayasan Bank Rakyat kepada Madrasah Tahfiz Al-Ghoniah, Kampung Simat, Johol dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Saiful Yazan Sulaiman dan  Pengetua Tahfiz Al-Ghoniah, Mohd. Ghanis Osman.

Pada majlis tersebut, Yayasan Bank Rakyat menyerahkan sumbangan sebanyak RM60,000 kepada pusat takfiz berkenaan.

Sementara itu, Mohd. Fauzi, berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa pusat tahfiz yang turut akan mendapat peruntukan daripada Yayasan Bank Rakyat.

“Lebih 30 buah tahfiz, pusat anak yatim, pusat-pusat mualaf telah menerima dana pendidikan. Manakala, pihak yayasan juga bercadang mewujudkan sebuah dana tabung baharu untuk mualaf kelak.

“Pada awal tahun ini, kami juga menyediakan peruntukan Program Kembali ke Sekolah dengan kos sebanyak RM3.8 juta dan memperuntukkan sebanyak RM14 juta bagi pelajar yang akan mengikuti pengajian bermula dari peringkat sijil kemahiran hingga ke peringkat doktor falsafah (PhD),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya