fbpx

USM, Universiti Moscow jalin kerjasama perluas bahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Moscow baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Koumunit-Industri), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, Profesor Madya Dr. Goh Sang Seong berkata, kerjasama tersebut membolehkan pemindahan ilmu terutama berkaitan alam Melayu kepada universiti dari Rusia itu.

Selain itu, jelasnya, ia dapat mengeratkan hubungan kedua-dua negara khususnya dalam merintis jalan bagi mengatarabangsakan bahasa Melayu di Rusia. 

“Skop kerjasama ini memfokuskan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu terutama program pemindahan kredit bahasa Melayu, penyelidikan dan penerbitan dalam bidang bahasa Melayu dan terjemahan serta penganjuran seminar,” katanya, Selasa lalu.

Perkara itu dinyatakan oleh Pegawai Perhubungan Awam di Pusat Sains dan Kebudayaan Rusia di Kuala Lumpur, Thaqib Shaker.

Kedua-dua universiti ini menjalankan program kerjasama pertama mereka dengan mengundang seorang pensyarah dari Universiti Kebangsaan Moscow, Alexandra Chernykh sebagai pembentang dalam program Webinar Terjemahan Antarabangsa USM, baru-baru ini. 

Perbincangan berkisar tentang tentang penterjemahan struktur bahasa Rusia ke dalam bahasa Melayu.

POPULAR

KOSMO! TERKINI