Usaha PH cabar darurat hanya burukkan pandemik Covid-19

Usaha PH cabar darurat hanya burukkan pandemik Covid-19

TAN CHUAN HONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kesungguhan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mencabar Proklamasi Darurat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong di mahkamah hanya memberi impak buruk kepada negara. 

Naib Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA negeri, Dr. Tan Chuan Hong berkata, tindakan Anwar itu tidak membantu usaha negara dalam memerangi pandemik Covid-19 yang semakin serius ketika ini. 

Selain itu, tambah beliau, tindakan Anwar juga meletakkan situasi politik negara dalam keadaan tidak menentu sekali gus mempengaruhi keyakinan pelabur dan memberi kesan terhadap ekonomi. 

Apa yang turut menghairankan, jelasnya, Anwar dalam masa sama menghantar tiga wakil untuk menyertai Jawatankuasa Bebas Darurat. 

“Tindakan bercanggah dan keliru yang diambil Anwar dan PH ini hanya mengganggu fokus kerajaan memerangi pandemik Covid-19 ketika ini. 

“Ia juga boleh menjejaskan keberkesanan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ketika ini selain memburukkan lagi situasi ekonomi negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Menurut Chuan Hong, tindakan Anwar juga mencerminkan PH hanya berjuang untuk mendapatkan kekuasaan semata-mata, bukannya mengambil kira kepentingan rakyat yang sedang bergelut berdepan pandemik Covid-19 ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya