Solat jemaah di masjid di Perlis dihentikan seketika

Solat jemaah di masjid di Perlis dihentikan seketika

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Solat berjemaah dan aktiviti secara terbuka di masjid serta surau di seluruh negeri ini dihentikan seketika berkuat kuasa malam Khamis ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, solat Jumaat dan berjemaah di surau membabitkan pelajar di asrama di sekolah- sekolah pula dibenarkan namun dengan syarat tidak ada pergerakan keluar serta kontak dengan pihak luar.

Seterusnya, Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyeru seluruh umat Islam untuk terus menunaikan solat berjemaah di rumah sepanjang tempoh PKP tersebut.

“Bagi mengimarahkan masjid dengan solat lima waktu berjemaah, hanya pegawai dan jawatan kuasa masjid yang bertugas sahaja dibenarkan hadir iaitu tidak melebihi lima orang.

“Solat Jumaat pula hendaklah didirikan dengan jemaah yang terdiri daripada anak kariah termasuk imam, khatib dengan tidak melebihi kapasiti maksimum mengikut saiz masjid.

“Sebagai langkah pencegahan dan mengurangkan risiko penularan wabak, mereka yang baru pulang dari kawasan luar atau melakukan aktiviti rentas sempadan termasuk bukan warga tempatan adalah tidak dibenarkan hadir,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Arahan PKP kembali dilaksanakan di Perlis bermula Jumaat ini sehingga 4 Februari depan selepas negeri itu mula menunjukkan peningkatan kes Covid-19 sejak minggu lalu.

Malah, buat pertama kali sejak tercetusnya pandemik Covid-19, kes terkumpul wabak berkenaan di negeri ini mencecah tiga angka iaitu 117 dengan penambahan 16 kes baharu kelmarin.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, masjid-masjid juga hendaklah melaksanakan proses nyahkuman oleh setiap pegawai dan ahli jawatan kuasa masjid yang bertugas.

“Dinasihatkan kepada semua masyarakat untuk mengelakkan sebarang perkara dan aktiviti yang dapat menyumbang ke arah penularan wabak Covid-19.

“Pengurusan masjid dan surau di seluruh Perlis hendaklah melaksanakan tindakan-tindakan seperti yang telah ditetapkan itu bermula waktu Maghrib pada 21 Januari sehingga waktu Isyak 4 Februari atau sehingga tempoh pelaksanaan PKP,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya