Putra tanding 15 kerusi Parlimen di Kedah - Utusan Malaysia

Putra tanding 15 kerusi Parlimen di Kedah

IBRAHIM Ali (kiri) menerima borang keahlian baharu Putra daripada Mustaffa Idrus pada majlis perjumpaan dengan pemimpin parti peringkat negeri di Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) akan meletak calon di kesemua 15 kerusi Parlimen di negeri ini pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, keyakinan tersebut setelah mendapat penyertaan yang ramai dalam kalangan Bumiputera di negeri ini.

Menurutnya, kesemua calon yang bertanding itu juga dalam kalangan mereka yang berintegriti tinggi.

“Jentera parti sedang mengorak langkah dengan menyusun program, termasuk memilih calon untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas parti mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 8 Mei 2019,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Putra peringkat negeri di sini.

Pada majlis itu, Ibrahim turut menerima 500 borang keahlian baharu parti tersebut daripada Ketua Penyelaras Putra Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya