Pusat refleksologi ingkar PKP antara diserbu - Utusan Malaysia

Pusat refleksologi ingkar PKP antara diserbu

NIK EZANEE MOHD. FAISAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga warga asing termasuk dua wanita yang menjalankan perniagaan pusat refleksologi yoga dan spa antara 10 ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, warga asing berusia antara 39 dan 55 tahun itu ditahan dalam serbuan di pusat refleksologi yang dijalankan tanpa lesen itu pada pukul 11.55 pagi.

“Kita juga menahan seorang lelaki dan seorang wanita berusia 37 dan 39 tahun di tapak parkir SS8 yang menjalankan perniagaan runcit dengan van pada pukul 9.10 malam kerana berniaga melebihi masa ditetapkan.

“Tiga lagi pemilik premis di tepi jalan SS2/60 pula dikompaun RM1,000 kerana masih menjalankan perniagaan pada pukul 8.20 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Nik Ezanee, seorang penjaga premis warga asing berusia 56 tahun turut ditahan di Damansara Damai kerana gagal menyediakan pemeriksa suhu, cecair pembasmi kuman serta kod bar di premis perniagaan tersebut.

“Selain itu, kita juga menahan seorang lelaki warga asing berusia 38 tahun di sekatan jalan raya susur keluar plaza tol Kota Damansara kerana gagal memberikan alasan munasabah mengenai pergerakannya.

“Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa) dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988 dan beberapa akta lain,” ujarnya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai terutama penduduk Petaling Jaya supaya kekal di rumah dan mengikuti SOP PKP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya