PUNB sumbang RM100,000 kepada Tabung Khas Bencana Banjir Pahang - Utusan Malaysia

PUNB sumbang RM100,000 kepada Tabung Khas Bencana Banjir Pahang

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, bantuan itu sebagai tanda empati bagi membantu penduduk yang terjejas banjir di negeri berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) hari ini menyumbang RM100,000 kepada Tabung Khas Bencana Banjir Pahang. 

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, bantuan itu sebagai tanda empati bagi membantu penduduk yang terjejas banjir di negeri berkenaan.

“Sumbangan ini adalah tanda keprihatinan PUNB dalam membantu masyarakat terjejas ekoran dilanda musibah dan memerlukan bantuan.

“Ketika seluruh negara sedang bergelut bagi menangani penularan pandemik Covid-19, rakyat di negeri ini diuji pula dengan bencana banjir yang menyebabkan penduduk mengalami kesukaran akibat kerosakan dan kehilangan harta benda,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan replika cek bernilai RM100,000 kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Perbandaran Bentong di sini hari ini.

Yang hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri begitu menghargai sumbangan PUNB dalam membantu mangsa banjir di negeri ini.

Beliau berkata, peruntukan itu untuk membantu meringankan beban kewangan kira-kira 47,000 mangsa yang terlibat dalam musibah berkenaan. 

Beliau berkata, kira-kira 14,000 ketua isi rumah (KIR) di negeri ini yang terbabit banjir dibantu bukan sahaja dalam bentuk barangan malah wang tunai. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya