Polis pantau SOP sekolah menengah - Utusan Malaysia

Polis pantau SOP sekolah menengah

Kewujudan sekolah jenis kebangsan (SJK) Cina dan Tamil tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara mengerahkan seramai 66 pegawai perhubungan sekolah bagi memantau prosedur operasi standard (SOP) di sekolah-sekolah menengah yang dibuka kepada pelajar peperiksaan bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pegawai-pegawai terbabit akan melakukan pemantauan di 32 buah sekolah bantuan kerajaan dan sebuah sekolah persendirian membabitkan 9,892 pelajar.

Menurutnya, pembukaan sekolah di daerah itu membabitkan pelajar tingkatan lima tahun 2020 dan 2021 serta tingkatan enam bawah dan atas yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

“Pegawai perhubungan sekolah diarahkan turun padang dan melawat sekolah bagi menyambut murid tingkatan lima dan enam kembali ke sekolah.

“Selain itu, pegawai ini akan memantau SOP di luar sekolah dan meninjau di dalam kelas setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Ling di sini yang menempatkan kira-kira 600 pelajar tingkatan lima dan enam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya