Pasir Mas paling terjejas, mangsa banjir di Kelantan terus meningkat - Utusan Malaysia

Pasir Mas paling terjejas, mangsa banjir di Kelantan terus meningkat

ORANG ramai meredah air banjir yang menenggelamkan laluan utama Kusial-Gual Ipoh di Tanah Merah hari ini.-UTUSAN/BAHRUDDIN HATTA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bah sekali lagi melanda negeri ini selepas hujan lebat berterusan sejak kelmarin dengan lima jajahan iaitu Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai, Gua Musang dan Pasir Mas paling teruk terjejas.

Sehingga pukul 5 petang ini, portal eBanjir kerajaan negeri merekodkan jumlah terkini mangsa banjir di lima jajahan itu meningkat kepada 2,255 orang daripada 539 keluarga.

Kesemua mangsa terbabit berlindung di 44 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang mula dibuka sejak malam tadi.

Jeli merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,060 orang diikuti Kuala Krai (745 orang), Tanah Merah (348 orang), Gua Musang (49 orang) dan Pasir Mas (38 orang).

Portal eBanjir Kelantan juga merekodkan enam sungai utama di negeri ini sudah melepasi paras bahaya sejak malam tadi.

Paras air terkini Sungai Galas di Dabong mencecah 39.06 meter, Sungai Lebir di Tualang (35.35 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai, (26.47 meter); Sungai Kelantan di Jambatan uillemard, Tanah Merah (16.70 meter), Sungai Golok di Jenob (24.41 meter) dan Sungai Golok di Rantau Panjang (9.68 meter). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.