Pahang hampir cecah 22,000 mangsa banjir - Utusan Malaysia

Pahang hampir cecah 22,000 mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Enam daerah di Pahang berterusan merekodkan pertambahan mangsa banjir kepada angka melebihi 21,900 orang setakat pukul 5 petang ini.

Peningkatan itu menyaksikan pertambahan sembilan lagi pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka menjadikan keseluruhan 259 setakat hari ini.

Sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan, lebih 5,850 keluarga mangsa banjir di negeri ini kini ditempatkan di semua PPS terlibat di sembilan daerah.

Menurut beliau, daerah Maran berterusan menunjukkan trend pertambahan mangsa yang kini melebihi 5,400 orang (1,480 keluarga) berbanding 4,500 orang (1,240 keluarga) pada sebelah pagi.

Turut mengalami pertambahan bilangan mangsa ialah Temerloh yang merekodkan peningkatan lima peratus kepada 3,810 orang membabitkan 1,040 keluarga berbanding jumlah dicatat sebelah pagi.

Selain itu, Kuantan pula mencatat peningkatan 22 peratus menjadikan 3,433 orang mangsa melibatkan 930 keluarga ditempatkan di 30 PPS lewat petang tadi.

Sementara itu, Jerantut turut mencatat sedikit pertambahan daripada 2,279 kepada 2,442 orang, diikuti Pekan 568 orang berbanding 430 pada pagi.

Turut mengalami pertambahan kecil ialah daerah Bera yang merekodkan 423 orang pada pagi kepada 518 setakat 5 petang.

Dalam pada itu, daerah Lipis dan Rompin masing-masing kekal dengan angka 2,551 dan 1,014 orang mangsa.

Hanya Raub setakat ini menunjukkan sedikit penurunan bilangan mangsa daripada 2,391 kepada 2,182 orang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya