Harga nasi beriani paling mahal di Putrajaya - Utusan Malaysia

Harga nasi beriani paling mahal di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jika anda berhasrat menikmati hidangan nasi beriani di seluruh negara, kajian harga terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini mungkin boleh dijadikan panduan.

Menurut laporan Harga Purata Item Terpilih di Malaysia untuk bulan November tahun lalu yang diterbitkan agensi itu baru-baru ini, paling mahal harga ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Berdasarkan kajian terkini DOSM itu menunjukkan ia dijual secara puratanya RM11.53 sepinggan, lebih mahal berbanding harga purata peringkat nasional iaitu hanya RM8.59.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Labuan iaitu RM10.67, kemudian Selangor (RM9.49), Sarawak (RM9.17), Kedah (RM8.94) serta Pahang dan Terengganu masing-masing RM8.88.

Sementara itu, harga nasi beriani paling murah di Malaysia yang berjaya direkodkan DOSM pada bulan tersebut ialah di Melaka iaitu purata cuma RM7.50 disusuli Perak pula RM7.55.

Negeri berikutnya ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu RM7.75, Kelantan (RM7.88), Pulau Pinang (RM8.13), Sabah (RM8.36), Johor (RM8.37) dan Negeri Sembilan (RM8.50).

Tiada data untuk nasi beriani di Perlis manakala kajian DOSM untuk harga nasi goreng pula mendapati purata di peringkat kebangsaan pada bulan November tahun lalu ialah RM5.14.

Sabah muncul sebagai paling mahal iaitu secara purata harganya boleh mencecah RM6.29 sepinggan diikuti Wilayah Persekutuan Labuan yang merekodkan kadar RM6

Negeri berikutnya pula ialah Selangor (RM5.20), Wilayah Persekutuan Putrajaya (RM5.16), Pahang (RM5.14), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM5.10) dan Kelantan (RM5.07).

Bagaimanapun harga purata sepinggan nasi goreng paling murah ialah di Johor iaitu RM4.58, disusuli Perak (RM4.64), Kedah (RM4.73), Sarawak (RM4.75) dan Pulau Pinang (RM4.78).

Diikuti Melaka dan jirannya, Negeri Sembilan yang masing-masing direkodkan DOSM dijual pada harga purata ialah RM4.81 sepinggan, Terengganu (RM4.93) dan Perlis (RM5).- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya