Mengapa keistimewaan Tabung Haji perlu disemak? 

Mengapa keistimewaan Tabung Haji perlu disemak? 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dituntut memberi jaminan bahawa kerajaan akan mempertahankan keistimewaan agensi itu termasuk wang 9.4 juta pendeposit.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya akan menentang sebarang usaha untuk menyemak atau menolak ‘keistimewaan’ Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

ASYRAF WAJDI DUSUKI

Katanya, keistimewaan Tabung Haji yang mempunyai ciri-ciri jaminan menyeluruh kerajaan ini memberikan kelebihan berbanding bank-bank komersial dan institusi kewangan yang lain.

“Di bawah Seksyen 24 Akta Tabung Haji 1995, setiap sen wang yang didepositkan oleh para pendeposit ke dalam Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) adalah dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. 

“Ini bermakna jika berlaku keadaan Tabung Haji tidak mampu membayar balik tanggungan wang pendeposit akibat muflis atau kerugian, maka kerajaan akan mengambil alih tanggungan tersebut dan membayar balik setiap sen wang pendeposit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini . 

Sebelum ini, Zulkifli mengadakan perbincangan dengan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkenaan beberapa penambahbaikan dalam tadbir urus Tabung Haji.

Antara yang dibincangkan adalah pelaksanaan model baharu operasi agensi berkenaan dan  semakan semula ketetapan jaminan kerajaan dan pindaan Akta 535.

Ini merupakan inisiatif berterusan Kerajaan di samping pelan pemulihan dan penstrukturan  yang sedang dilaksanakan demi menjamin kelestarian untuk jangka masa panjang serta memenuhi hasrat kerajaan untuk Tabung Haji kembali kepada matlamat asal penubuhannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya