MAQIS patah cubaan seludup bunga kekwa - Utusan Malaysia

MAQIS patah cubaan seludup bunga kekwa

NUR Afifah A. Rahman berkata, bunga kekwa kering seberat 320 kilogram (kg) itu diletakkan di dalam 40 kotak berasingan dalam sebuah lori.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mematahkan cubaan membawa masuk bunga kekwa kering dari Singapura yang dianggarkan bernilai RM17,664 di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), di sini, hari ini.

Pengarah MAQIS Johor, Nur Afifah A. Rahman berkata, bunga kekwa kering seberat 320 kilogram (kg) itu diletakkan di dalam 40 kotak berasingan dalam sebuah lori.

Katanya, bunga kekwa kering itu ditemukan ketika pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah lori di laluan lori import KSAB kira-kira pukul 4 petang.

“Bunga kekwa kering itu dipercayai dibawa masuk ke Malaysia untuk dijadikan pati air minuman dan ditahan untuk siasatan lanjut kerana tiada sebarang dokumen yang sah seperti permit import MAQIS dan sijil rawatan dari negara asal.

“Bagaimanapun, pemandu lori berusia 34 tahun itu dilepaskan selepas keterangannya diambil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nur Afifah berkata, perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa permit import yang sah daripada MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) Akta yang sama.

Katanya, jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

“MAQIS komited dalam menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.