fbpx

Lelaki gagal tanggalkan cincin di kemaluan dikejarkan ke hospital

ANGGOTA bomba dan penyelamat berjaya memotong dua cincin di kemaluan seorang lelaki di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tindakan seorang lelaki menyarungkan dua cincin pada kemaluan mengundang padah apabila tidak dapat ditanggalkan sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Usaha mengeluarkan cincin daripada kemaluan lelaki berusia 38 tahun dari Alor Setar itu gagal sebelum khidmat bomba dipanggil kira-kira pukul 4.07 pagi untuk bantuan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Naufal Abdullah berkata, anggotanya seramai empat orang tiba di HSB untuk memotong aksesori tersebut pada pukul 4.12 pagi.

“Sebaik tiba di hospital kita mendapati terdapat dua cincin disarung pada bahagian atas dan bawah kemaluan lelaki berkenaan yang sudah berkahwin,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi dijalankan dengan berhati-hati bagi mengurangkan risiko kecederaan kepada mangsa.

“Anggota menggunakan peralatan khas untuk memotong cincin berkenaan,” ujarnya.

Tambahnya, operasi tamat pada pukul 5.51 pagi.

“Khidmat khas memotong cincin di kemaluan itu merupakan kes pertama tahun 2021,” katanya. – UTUSAN